Biografi Eenaz Mokhtar

Beliau merupakan anak bongsu kepada empat beradik kepada ibu bapanya, Orchid Abdullah, penyanyi veteran terkenal dan Mokhtar Omar. Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia pada 2011.

Eenaz menyertai program TV realiti, Gang Starz musim pertama (2007) menerusi trio Luscious bersama sahabat baiknya Nadia Aqilah dan Ruzana Ibrahim dan terkenal dengan lagu "Khabarkan".

Kerjayanya sebagai penulis skrip bermula pada 2004, beliau telah menulis skrip untuk 40 drama TV. Antara karya terkenal beliau ialah Rona Roni Makaroni, Cita & Cinta dan Puteri Bukan Nama Sebenar.